Warga asing pecah masuk kedai ditahan

Warga asing pecah masuk kedai ditahan

Tawau: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas dipercayai mencuri wang dan kad tambah nilai di sebuah premis di Kampung Melati Burut, di sini, semalam.

Suspek berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai, jam 11.22 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di kawasan ladang Tiger selepas melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, suspek adalah warga asing dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan ke atas tubuh suspek menemui lima keping kad tambah nilai dan sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil kegiatan curi.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|