Rakyat perlu bertenang dan terus bersabar – PAS Sabah

Rakyat perlu bertenang dan terus bersabar – PAS Sabah

Kota Kinabalu: Semua ahli jawatankuasa dan ahli PAS di semua peringkat dinasihatkan agar terus bersabar dan tenang dalam menghadapi senario politik semasa.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, elakkan daripada terjadi sebarang provokasi atau kenyataan yang boleh merosakkan keharmonian agama atau kaum khususnya di negeri Sabah.

“Situasi politik seumpama ini sangat menuntut kesabaran semua.

“Bagi pihak PAS Sabah, kita menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan kepimpinan utama untuk menentukan sebarang keputusan demi kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar rakyat terus berdoa agar kerajaan Malaysia akan dapat dibentuk secepat mungkin dalam keadaan tenang dan aman.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|