PBRS akur apa sahaja keputusan BN

PBRS akur apa sahaja keputusan BN

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan akur dengan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) demi kepentingan kerajaan yang stabil.

Timbalan Presidennya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, solidariti dalam BN mesti dikekalkan kerana rakyat mengharapkan BN menyumbang untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Kita ambil maklum kenyataan terkini UMNO. Sekarang ia perlu disokong oleh BN. Majlis Tertinggi BN tidak pernah secara rasmi menyokong atau menentang mana-mana pihak.

“Keputusan terakhir MT BN adalah untuk BN kekal neutral dan sebagai pembangkang. Itu belum berubah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, disebabkan Istana Negara menitahkan kita semua untuk berkerjasama dalam membentuk sebuah kerajaan stabil dan bersatu untuk Malaysia, kita akan pertimbangkan semula kedudukan kita agar negara kita dapat membentuk sebuah kerajaan stabil.

“Kita tidak boleh biarkan ini tergantung dan kita mesti lakukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara kita.

“Namun, apa pun keputusan itu, ia harus dilakukan menerusi saluran yang betul dan disahkan dengan betul sebagai keputusan BN, kerana semua mandat kita adalah sebagai Ahli Parlimen BN,” tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|