Wanita cedera dihempap pokok tumbang

Wanita cedera dihempap pokok tumbang

Penampang: Seorang wanita cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika menjalankan aktiviti berkebun di Kampung Kalanggaan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa Maria Gihol, 51, cedera dibahu sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.12 petang.

Katanya, seramai lima pegawai dan anggota bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikerah ke lokasi kejadian.

“Mengikut laporan diterima, seorang mangsa wanita dihempap sebatang pokok ketika menjalankan aktiviti berkebun.

“Pasukan bomba bertindak membantu mengalihkan pokok tumbang bersama orang kampung dan seterusnya membawa mangsa turun menggunakan strecher,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian bahu dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

“Operasi tamat pada jam 5.59 petang tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|