Paitan: Armada BERSATU Bahagian Beluran bersama penduduk kampung dan Pejabat Parlimen Beluran bergotong royong membaiki jambatan kayu yang runtuh baru-baru ini di Kampung Maidan, Sugut, di sini.
Naib Ketua Armada BERSATU Beluran, Alias Wan Jailani yang turun padang meninjau kerosakan jambatan kayu itu semalam berkata kerja pembaikan membabitkan laluan jambatan kayu yang rosak sepanjang 20 meter.
Katanya pada masa sama, pembaikan di beberapa laluan lain yang rosak di jambatan kayu itu akan dilakukan selepas ini untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk kampung Maidan termasuk digunakan oleh murid sekolah.
Beliau berkata kerja pembaikan itu adalah inisiatif jangka pendek diambil Pejabat Parlimen Beluran.
Baru-baru ini, kerosakan laluan jambatan kayu yang runtuh itu telah diviralkan di media sosial.
Kerja pembaikan jambatan runtuh itu turut dikongsi di Facebook Armada BERSATU Bahagian Beluran.
-Deasoka