Kanak-kanak OKU ditemui di kawasan hutan dalam keadaan selamat

Kanak-kanak OKU ditemui di kawasan hutan dalam keadaan selamat

Tawau: Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang tengah hari tadi ditemukan selamat di kawasan hutan di Kampung Jawa Lanut, di sini, malam tadi.

Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin, 7, ditemukan kira-kira 100 meter dari rumahnya pada jam 7.16 malam.

Pasukan bomba bersama Muhammad Fakhri yang ditemukan selamat di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Jawa Lanut, Tawau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berjaya menemui mangsa di kawasan hutan.

“Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan dikhuatiri lemas di sungai berhampiran.

“Operasi SAR dilakukan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba dan ketika pencarian dilakukan, mangsa akhirnya berjaya ditemui tidak jauh dari lokasi rumahnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.52 malam selepas semuanya dalam keadaan selamat.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan dikhuatiri lemas selepas hilang dari rumahnya di kampung berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|