Amaran angin kencang dan pemantauan bot hanyut

Amaran angin kencang dan pemantauan bot hanyut

Labuan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan tugasan pemantauan terhadap bot-bot hanyut di kawasan perairan negara.

Ia berikutan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berhubung angin kencang dan laut bergelora yang melanda perairan negara.

Pasukan Maritim Malaysia melaksanakan rondaan berkala dan pemantauan di seluruh perairan negara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Zon Maritim Labuan berkata, pihaknya akan melaksanakan tugasan pemantauan terhadap bot-bot nelayan yang hanyut dari semasa ke semasa

Katanya, dalam kejadian jam 4.45 petang semalam, Pusat Operasi Zon Maritim Labuan menerima maklumat daripada Labuan Port Control berhubung empat bot nelayan asing yang hanyut akibat angin kencang.

“Pasukan rondaan terus diarahkan untuk membuat pemantauan sehingga bot nelayan berkenaan selamat.

“Semua bot berkenaan dibenarkan bersauh di kawasan yang dibenarkan bagi mengelakkan sebarang insiden buruk dari berlaku,” katanya.

Menurutnya, Maritim Malaysia akan terus melaksanakan rondaan berkala dan pemantauan di seluruh perairan negara.

Katanya, ia bagi memastikan Zon Maritim Malaysia aman dan selamat untuk semua pengguna.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|