Kanak-kanak OKU dipercayai lemas di sungai

Kanak-kanak OKU dipercayai lemas di sungai

Tawau: Seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dipercayai lemas selepas hilang dari rumahnya di Kampung Jawa Lanut, di sini, hari ini.

Mangsa, Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin yang berusia 7 tahun disedari hilang oleh ahli keluarga kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Muhammad Fakhri Zhafrah dipercayai lemas di sungai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 petang.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan bomba melakukan pencarian kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di sungai.

“Mengikut maklumat diterima, mangsa dipercayai lemas di kawasan sungai berhampiran perkampungan berkenaan.

“Menurut pemanggil, sebaik mangsa disedari hilang, usaha mencari dilakukan penduduk kampung namun mangsa masih gagal ditemui,” katanya dalam kejadian yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba yang bergegas ke lokasi terus berusaha mendapatkan maklumat lanjut sebelum operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.

Katanya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|