VTL bantu pulih industri pelancongan Sabah

VTL bantu pulih industri pelancongan Sabah

Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyarankan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah menimbangkan pelaksanaan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) bagi pengangkutan udara melalui Singapura.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, sudah tiba masanya Sabah mengikut langkah beberapa negeri seperti Pulau Pinang yang bakal memulakan inisiatif VTL bermula 16 Mac ini.

“Ia bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan antara kedua-dua negara khususnya sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, kementeriannya kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah untuk berbuat demikian.

“Saya yakin kementerian dan semua pengusaha industri pelancongan di Sabah sudah bersedia untuk menerima pelancong luar diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|