Video tular kanak-kanak menangis di sisi mayat ibu dipercayai dibunuh

Video tular kanak-kanak menangis di sisi mayat ibu dipercayai dibunuh

Tawau: Tular video memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita dipercayai ibunya dalam kejadian di Kampung Icebox, Tawau, petang tadi.

Video berdurasi 24 saat itu memaparkan kanak-kanak terbabit menangis sambil melihat mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh.

Setakat ini belum dipastikan lagi punca kejadian dan sepasukan polis masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Jasmin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes bunuh berkenaan petang tadi dan polis sedang berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

“Kes bunuh berkenaan masih dalam siasatan di tempat kejadian dan maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|