Mayat kanak-kanak dikhuatiri lemas ditemui

Mayat kanak-kanak dikhuatiri lemas ditemui

Tawau: Pencarian kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas di sungai Kebun JKK Kalabakan, di sini, berakhir apabila mayatnya ditemukan, malam tadi.

Mayat Mohamad Raffizal Abdullah ditemui anggota bomba, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan dan orang awam kira-kira jam 8.30 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 8.07 malam, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi turut dibantu PBS Kalabakan dan orang awam.

“Operasi pencarian kemudian dijalankan dan mangsa berjaya ditemui pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, operasi pencarian kemudian ditamat pada 8.50 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|