Usaha kembangkan seni kaligrafi Islam di Sabah

Kota Kinabalu: Usaha melahirkan penulis khat atau kaligrafi yang bermutu tinggi penting bagi memastikan seni penulisan berkenaan terus berkembang di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif berkata, bagi tujuan itu, peraduan menulis khat atau kaligrafi dianjurkan di negeri ini yang kini memasuki tahun ketujuh dilaksanakan.

Mohd Arifin melancarkan peraduan Kaligrafi Islam (Khat) Nusantara Sabah kali ketujuh 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC),Kota Kinabalu.

“Saya mengalu-alukan semua penulis kaligrafi Islami di Nusantara ini supaya dapat bersama-sama menyertai pertandingan ini yang mana hadiah lumayan menanti untuk peserta.

“Seperti mana peraduan sebelum ini, kita menerima banyak penyertaan yang amat mengalakkan daripada negara ASEAN khususnya Indonesia, Malaysia sendiri, Brunei dan beberapa negara lain,” katanya pada majlis pelancaran Kaligrafi Islam (Khat) Nusantara Sabah kali ketujuh 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Katanya lagi, tujuan peraduan itu diadakan adalah untuk melestarikan seni budaya khususnya dalam seni khat itu sendiri.

“Kita juga ingin menggalakkan dan melahirkan karya-karya seni khat yang bermutu tinggi dan kita berharap seni khat ini akan terus berkembang dan lestari di negara ini.

“Mudah-mudahan Sabah akan menjadi dataran untuk perkembangan martabatkan seni khat kaligrafi Islami ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|