UMS rangkul dua anugerah buku sempena ABN 2022

UMS rangkul dua anugerah buku sempena ABN 2022

Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengharumkan nama universiti itu apabila merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Buku Negara (ABN) 2022 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Anugerah pertama diperoleh melalui buku bertajuk Lower Kinabatangan Premier Competitive Sustainable Ecotourism tulisan Prof Dr Jennifer Chan Kim Lian, Kamarul Mizal Marzuki, Prof Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim dan Dr Tini Maizura Mohtar.

Buku bertajuk Lower Kinabatangan Premier Competitive Sustainable Ecotourism menerima anugerah kategori Buku Alam Semula Jadi Terbaik (Lestari).

Buku berkenaan dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Buku Alam Semula Jadi Terbaik (Lestari).

Sementara itu, sebuah lagi buku terbitan Penerbit UMS turut menerima anugerah bagi kategori Buku Umum Terbaik (Sains Sosial).

Buku berjudul ‘Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimatan’ menerima anugerah Buku Umum Terbaik (Sains Sosial).

Buku berjudul ‘Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimatan’ itu merupakan karya suntingan Dr Aliakbar Gulasan, Amrullah Maraining, Prof Madya Dr Ramli Dollah dan Dr Marsitah Mohd Radzi.

Majlis penyampaian sijil dan anugerah disempurnakan Timbalan Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian (anugerah pertama), dan Profesor Adjunct UPM merangkap Pengerusi Alam Flora, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (anugerah kedua).

Pengarah Penerbit UMS, Prof Madya Dr Asmiaty Amat dalam pada itu berkata, anugerah itu menunjukkan bahawa penerbitan buku penting dan sentiasa memastikan penerbit UMS menerbitkan hasil kajian yang bermutu pada masa akan datang.

Majlis ABN 2022 berlangsung pada 22-25 Ogos 2022 bersempena Persidangan Buku Antarabangsa, Ekspo Buku Malaysia dan Forum Kelab Penulis.

ABN 2022 dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara, menyaksikan sebanyak 55 kategori anugerah dipertandingkan melibatkan penyertaan lebih 30 penerbit yang terdiri daripada penerbit universiti, agensi kerajaan, swasta dan persendirian melibatkan lebih 500 judul buku.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|