UMS, KSTI bincang usaha tingkatkan penyertaan pelajar dalam bidang STEM

UMS, KSTI bincang usaha tingkatkan penyertaan pelajar dalam bidang STEM

Kota Kinabalu: U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan perbincangan awal dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini.

Perbincangan itu dilakukan sempena kunjungan hormat Ketua U-Science UMS, Zawawi Tiyunin kepada Setiausaha Tetap (SUT) KSTI Sabah, Zainudin Aman, di pejabatnya, di sini, pada Isnin lalu.

Zawawi berkata, kunjungan itu bertujuan membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan di antara KSTI dan U-Science.

“Kami telah berkongsi pandangan dan membuat perbincangan awal terhadap bidang kerjasama yang boleh dijayakan antara kedua-dua belah pihak.

“Seiring dengan itu, kunjungan ini sebagai hasrat menjalin kerjasama dengan KSTI sebagai usaha bagi memperkasakan lagi penerapan minat dalam kalangan masyarakat menceburi bidang STEM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zawawi dalam pada itu memaklumkan bahawa U-Science UMS berperanan menggalakkan minat pelajar di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah terhadap bidang STEM

Sementara itu, Zainuddin dalam kunjungan itu turut mengalu-alukan usaha kerjasama yang dilaksanakan dan mencadangkan satu perbincangan lanjut diadakan bersama agensi luar.

“Perbincangan ini nanti akan membolehkan penganjuran aktiviti dapat diselaraskan dengan baik.

“Dalam masa yang sama, KSTI juga berhasrat agar ‘mapping’ pembudayaan STEM boleh dibuat dengan agensi-agensi ini,” ujarnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|