Lelaki maut kereta rempuh pembahagi jalan

Lelaki maut kereta rempuh pembahagi jalan

Labuan: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Tun Mustapha berhampiran lampu isyarat Wong Wo Lo, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.25 tengah malam itu, mangsa Mohd Azrull Subuh, 30 memandu kereta jenis Toyota Corolla dari arah pusat bandar menghala ke Jalan Pohon Batu.

Keadaan kereta dipandu mangsa selepas terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Tun Mustapha berhampiran lampu isyarat Wong Wo Lo, Labuan. Pix Ihsan IPD Labuan

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar simen pembahagi jalan.

“Mangsa kemudianya dibawa ke Hospital Labuan oleh pasukan perubatan yang tiba ditempat kejadian bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubok Temiang.

“Ketika kejadian keadaan jalan basah akibat hujan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|