Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu meningkat semula

Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu meningkat semula

Kota Kinabalu: Jangkitan baharu Covid-19 di Sabah kembali meningkat dengan pertambahan 117 kes kepada 708 kes hari ini berbanding 591 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sebanyak 15 daerah mencatat peningkatan kes baharu dengan lima daripadanya merekodkan pertambahan agak besar.

Daerah terbabit katanya ialah Beaufort yang meningkat 30 kes, diikuti Kota Kinabalu (+28 kes), Penampang (+28 kes), Tuaran (+24 kes) dan Tawau (+23 kes).

“Sebagai peringatan, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu hampir 64 peratus daripada jumlah kes keseluruhan hari ini.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini pergerakan turun naik jumlah kes harian di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian di Sabah.

“Walaupun 11 daerah mencatat penurunan kes hari ini tetapi pada jumlah yang kecil dan tidak dapat mengimbangi jumlah pertambahan kes baharu di 15 daerah, khususnya di lima daerah yang mencatat penambahan kes baharu yang tinggi,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata, sebanyak 693 atau 97.88 peratus daripada 708 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti tiga kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes lagi dalam Kategori 5.

Sementara itu, katanya satu lagi kluster institusi pendidikan ditamatkan hari ini, iaitu Kluster Jalan Sokid di Ranau, menjadikan sebanyak 21 kluster lagi yang masih aktif di Sabah ketika ini.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 16 Mac 2022
Sabah 708 (591)

Kota Kinabalu 202 (174)
Penampang 70 (42)
Tuaran 70 (46)
Beaufort 47 (17)
Tawau 41 (18)
Papar 32 (50)
Sipitang 32 (18)
Sandakan 23 (26)
Kota Marudu 22 (13)
Keningau 22 (35)
Tambunan 19 (0)
Tenom 19 (17)
Putatan 19 (18)
Kota Belud 16 (22)
Beluran 15 (7)
Kudat 10 (13)
Lahad Datu 9 (6)
Kuala Penyu 8 (19)
Kinabatangan 8 (7)
Pitas 7 (5)
Ranau 5 (14)
Telupid 4 (12)
Nabawan 3 (5)
Kunak 2 (3)
Kalabakan 2 (2)
Tongod 1 (0)
Semporna 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 15 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|