Ular sawa ‘menumpang’ tidur dalam bilik

Ular sawa ‘menumpang’ tidur dalam bilik

Labuan: Seorang pemilik rumah di Kampung Batu Arang, di sini, terkejut selepas mendapati seekor ular sawa berada berhampiran katil di dalam bilik, semalam.

Kejadian itu disedari oleh pemilik rumah terbabit ketika hendak tidur lalu bertindak menghubungi Pusat Kawalan MER999, jam 10.25 malam.

Ular sawa yang ditemui berada berhampiran katil dalam bilik rumah pengadu. Pix Ihsan APM Labuan 

Susulan laporan itu, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan bergegas ke lokasi bagi menangkap reptilia berkenaan.

Setiba di lokasi kejadian, anggota bertugas menemui pemilik rumah bagi mengenal pasti lokasi ular berkenaan.

Seterusnya melakukan operasi bagi menangkap ular dengan menggunakan alat khas.

Anggota APM kemudian berjaya menangkap satu spesis ular sawa dan dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Labuan sebelum diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Labuan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|