Ujian pertama Jose Embalo menentang Selangor FC malam esok

Ujian pertama Jose Embalo menentang Selangor FC malam esok

Kota Kinabalu: Penyerang baharu Sabah FC, Jose Embalo dijangka membuat penampilan sulung bersama skuad Sang Badak dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.

Penyerang kebangsaan Guinea-Bissau yang menggantikan pemain import dari Brazil, Neto Pessoa itu baru saja tiba beberapa hari lalu untuk menjalani latihan bersama pasukan Sabah FC.

Kim Swee memantau pemain Sabah FC dalam sesi latihan untuk persediaan menentang Selangor FC, esok. Pix Ihsan Sabah FC

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee bagaimanapun berkata, penampilan Embalo bergantung kepada tahap kecergasannya dalam penilaian akhir kesebelasan utama sebelum sepak mula esok.

“Embalo baru saja tiba lebih kurang tiga atau empat hari lalu dan sudah tentu pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum beliau diturunkan pada perlawanan menentang Selangor FC.

Saddil antara kesebelasan utama yang akan diturunkan menentang Selangor FC esok. Pix Ihsan Sabah FC

“Kita tidak ingin terburu-buru tetapi jika Embalo menunjukkan keyakinan serta memiliki tahap kecergasan tinggi kemungkinan besar beliau boleh diturunkan sebagai kesebelasan utama malam esok.

“Ini kerana Sabah FC harus berwaspada dan berhati-hati kepada kebangkitan Selangor FC meskipun mereka tewas dengan jaringan besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan lalu.

“Sudah tentu Selangor akan lebih bersedia untuk mencipta kemenangan lebih-lebih lagi mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kim Swee berkata Sabah FC perlu kekal fokus bagi memastikan mereka dapat memberikan saingan sengit dalam usaha membawa pulang tiga mata untuk Sabah.

Jelasnya, kekalahan Selangor kepada JDT pada perlawanan lalu bukan satu kelebihan kepada Sabah FC, sebaliknya ia mungkin membawa cabaran sengit yang menerlukan percaturan terbaik agar Sang Badak menperolehi keputusan memberangsangkan malam esok.

Ketika diminta mengulas mengenai status pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani, Kim Swee berkata pemain itu sudah seminggu kembali menjalani latihan bersama Sabah FC.

Menurutnya Saddil menunjukkan komitmen tinggi ketika latihan dan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan malam esok.

“Saddil adalag antara pemain utama kita namun kesebelasan terbaik The Rhinos hanya akan diumumkan sebelum sepak mula pada hari perlawanan nanti,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|