TTS, WWF Malaysia dapat dana EU restorasi terumbu karang

Kudat: Taman-Taman Sabah (TTS) dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar (WWF)-Malaysia berjaya memperoleh dana daripada Kesatuan Eropah (EU) melalui Program Segitiga Terumbu Karang WWF.

Dana itu bagi melaksanakan Projek Restorasi Karang di Taman Tun Mustapha (TTM) untuk mengkayakan semula kepelbagaian biologi di taman berkenaan.

Maklarin ketika menandatangani MoU dengan WWF di Kudat.

Pengarah TTS, Dr Maklarin Lakim berkata, inisiatif program restorasi di TTM diambil pada November 2020 melalui perbincangan dengan WWF-Malaysia untuk memohon dana dibawah Ocean Governance Project yang dibiayai EU.

Katanya, ia selari dengan program-program yang dirancang lama bersama dengan pihak WWF-Malaysia selaku rakan TTS melalui memorandum persefahaman (MoU) antara kedua belah pihak yang telah ditandatangan 18 September 2017.

“Jadi MoU itu adalah satu kerjasama untuk inisiatif terumbu karang dan juga kepelbagaian biologi di dalam marin Tun Sakaran yang kita tahu sejak diwartakan sejak enam tahun lalu.

“Kita tahu sebenarnya status sebenar termasuk tahap kesihatan (taman marin), kita tahu juga kelemahan-kelemahan iaitu kekurangan atau kemusnakan sumber biodiversiti yang ada di taman marin.

“Jadi ada keperluan untuk kita mengusahakan pemuliharaan iaitu restorasi terumbu karang itu dan dengan adanya usaha ini maka haiwan-haiwan lain boleh datang ke situ apabila batu karang dibaiki,” katanya dalam sidang media selepas hadir merasmikan Hari Pewartaan keenam Taman Tun Mustapha di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata untuk mengkaykan semula kepelbagaian biologi di taman itu memerlukan dana yang besar.

“Jadi oleh itu kita telah bekerjasama dengan pihak WWF untuk mencari dana daripada EU untuk tujuan itu dan kita telah berhasil lebih dua tahun lalu.

“Ketika pandemik usaha-usaha itu kita lakukan dan tahun ini kita berjaya terpilih. Jadi itulah yang tersirat disebaliknya dan ia bukan suatu kerjasama baharu tetapi secara berterusan.

“Malah kita berikan ia nilai tambah dan hasil ini sesuatu yang bermanfaat kepada TTM dan akan memberi manfaat secara menyeluruh kepada komuniti dan pihak-pihak berkepentingan di dalam TTM ini,” katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya memaklumkan sebanyak RM 1,036,777.50 telah diluluskan oleh Ocean Governance Project melalui WWF-Malaysia untuk kerja restorasi di dua lokasi iaitu Maliangin dan Patanunan, TTM.

“Menurut ‘Grant Agreement’ bersama rakan pelaksana iaitu WWF-Malaysia, tempoh projek tersebut akan mengambil masa selama 20 bulan iaitu bermula 1 Mei 2022 hingga 15 Disember 2023 dan jumlah yang akan disalurkan kepada TTS adalah sebanyak RM 460,630,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|