TPM wakili Sabah Sarawak dari GPS – Anwar

TPM wakili Sabah Sarawak dari GPS – Anwar

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan masing-masing dari Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Perdana Menteri memberi jaminan dua jawatan TPM akan diwujudkan di bawah Kabinetnya masing mewakili Semenanjung dan Sabah Sarawak.

Katanya, pemilihan wakil BN dan GPS adalah berdasarkan kedudukan gabungan berkenaan selaku komponen terbesar dalam kerajaan perpaduan pimpinannya.

“Jawatan Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Timbalan Perdana Menteri dari komponen kuat yang lain, iaitu Barisan Nasional (BN).

“Bagi Sabah dan Sarawak, yang terkuat antara Sabah dan Sarawak adalah GPS,” katanya pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri, malam ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|