Tiket hanya dijual secara atas talian

Tiket hanya dijual secara atas talian

Kota Kinabalu: Tiket perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC menentang Terengganu FC, malam esok, hanya dijual secara atas talian.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, tiada sebarang tiket fizikal yang akan dijual bagi perlawanan berkenaan.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah

Katanya, perlawanan dijadualkan bermula jam 8.15 malam dan penonton digalakkan supaya masuk seawal jam 6 petang bagi mengelakkan kesesakan.

“Tiada sebarang perubahan harga untuk tiket dijual dan kita amat menggalakkan peminat dan penonton untuk membanjiri Stadium Likas bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

“Manakala bagi perlawanan suku akhir Piala FA antara Sabah FC dan Selangor FC, Sabtu ini, dijadualkan bermula jam 7.30 malam dan penonton boleh masuk ke stadium bermula jam 5 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsuddin berkata, tiket boleh diperolehi menerusi laman https://ticket.tickethotline.com.my/home.

Selain itu katanya, pihaknya turut berharap penyokong supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak sesekali membaling botol atau sampah masuk ke dalam kawasan padang.

Sehubungan itu, Shamsuddin berkata, pihak SAFA juga memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk pencegahan penularan Covid-19.

“Kita sekali lagi mengalakkan penonton yang hadir supaya memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|