Tiga rumah terbakar Kampung Desa Bajau

Tiga rumah terbakar Kampung Desa Bajau

Lahad Datu: Tiga rumah atas air di Kampung Desa Bajau, di sini, terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Kejadian jam 8.10 pagi itu, rumah pertama musnah sepenuhnya manakala rumah kedua dan ketiga masing-masing terbakar lima peratus.

Kebakaran membabitkan tiga rumah atas air di Kampung Desa Bajau, Lahad Datu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikerah ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang hampir 300 meter dengan satu pancutan dan sumber air dari tangki jentera.

“Kerja-kerja memadam kebakaran kemudiannya diteruskan. Api berjaya dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan dan api berjaya dikawal pada jam 9.13 pagi.

“Operasi tamat jam 9.20 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|