Kota Kinabalu: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah ditutup dan semua 55 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurut kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan dan dua PPS di Telupid iaitu Dewan Kampung Maau dan Masjid Kampung Gana Jati ditutup antara jam 10 pagi hingga 6.30 petang hari ini.
Secara keseluruhan, banjir di Sabah pulih sepenuhnya hari ini.
-Deasoka