Ralat lokasi laporan yang dikeluarkan JBPM

Ralat lokasi laporan yang dikeluarkan JBPM

Kota Kinabalu: Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ingin membuat pembetulan berhubung kenyataan media yang dikeluarkan 10 Oktober lalu mengenai bantuan mengangkat mangsa lemas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan JBPM hari ini berkata, laporan yang dikeluarkan berhubung lokasi penemuan di W Bay Payang, Lahad Datu adalah tidak benar.

Sebaliknya katanya, bantuan mengangkat mangsa lemas pada jam 11.28 malam yang diterima melalui talian Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu “Direct Call” berlaku di perairan pantai Payang, Lahad Datu.

“Pihak JBPM ingin memohon maaf kepada pihak pengurusan W Bay Payang dan pihak-pihak berkaitan di atas kesilapan maklumat berkenaan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|