Covid-19 Sabah: Tuaran catat kes tertinggi hari ini

Covid-19 Sabah: Tuaran catat kes tertinggi hari ini

Kota Kinabalu: Sembilan daerah mencatat kes dua angka dengan Tuaran merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 35 kes hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah Kota Kinabalu pula berada di kedudukan kedua dengan 25 kes, diikuti Papar (23 kes) dan Ranau (20 kes).

Katanya, sebanyak 16 daerah pula mencatat kes satu angka, manakala dua daerah iaitu Kinabatangan dan Kunak tidak mencatat sebarang kes baharu.

“Jumlah daerah yang merekodkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang, iaitu masing-masing 13 daerah.

“Ranau merekodkan peningkatan kes yang paling tinggi iaitu bertambah 10 kes, manakala Kota Kinabalu pula mencatat penurunan yang paling besar dengan pengurangan 18 kes berbanding jumlah semalam,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Secara keseluruhan, katanya jumlah kes harian di Sabah tidak banyak berubah hari ini dengan 242 kes baharu, turun tiga kes berbanding semalam.

Sementara itu, katanya sejumlah 238 daripada 242 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala satu kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 7 Januari 2021
Sabah 242 (245)

Tuaran 35 (33)
Kota Kinabalu 25 (43)
Papar 23 (15)
Ranau 20 (10)
Kota Belud 19 (17)
Penampang 18 (16)
Keningau 12 (6)
Beaufort 11 (18)
Kota Marudu 10 (6)
Tambunan 8 (10)
Lahad Datu 8 (0)
Kuala Penyu 7 (4)
Beluran 7 (4)
Tenom 6 (4)
Sandakan 5 (6)
Nabawan 5 (8)
Tawau 5 (10)
Telupid 4 (2)
Sipitang 4 (7)
Kudat 3 (2)
Pitas 2 (5)
Putatan 2 (8)
Semporna 1 (4)
Tongod 1 (3)
Kalabakan 1 (3)
Kinabatangan 0 (0)
Kunak 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 6 Januari 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|