Tiga ‘joki’ termasuk remaja perempuan ditahan

Tawau: Tiga individu termasuk seorang remaja perempuan ditahan polis selepas dikesan melakukan aksi bahaya dalam operasi yang dijalankan di Jalan Chong Thien Voon, di sini, semalam.

Dalam operasi berkenaan, semua ketiga-tiga remaja berusia 16 hingga 25 tahun didapati melakukan melakukan aksi berbahaya menguji kelajuan motosikal.

Pasukan operasi melakukan Op Samseng Jalanan berkenaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) di Jalan Chong Thien Voon, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Husin berkata, operasi Op Samseng Jalanan berkenaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) semasa penugasan Ops Samseng Jalanan.

Katanya, kelakuan semua suspek yang ditahan dianggap membahayakan diri sendiri dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Pasukan operasi mengeluarkan tujuh saman atas pelbagai kesalahan.

“Ia kerana mereka menunggang motorsikal untuk bersaing sesama sendiri, memecut motorsikal dalam kelajuan yang tinggi dan melakukan aksi berbahaya seperti aksi ‘superman’.

“Dua daripada suspek disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 81(3) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Jasmin berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluarkan tujuh saman atas pelbagai kesalahan.

Katanya, antara kesalahan dikesan adalah membawa kenderaan di bawah umur, tiada perlindungan insurans, memberi kebenaran memandu tanpa lesen dan lain-lain kesalahan kepada pemandu kenderaan.

“Perbuatan segelintir penunggang motorsikal yang berlumba dan menguji kelajuan di jalan raya tidak seharusnya berlaku di daerah ini kerana melibatkan risiko kecederaan parah dan kematian yang sangat tinggi.

“Orang ramai dinasihatkan tidak hadir untuk menonton acara ini selain ibu bapa juga digalakkan supaya sentiasa memantau keberadaan anak terutama pada malam hujung minggu,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|