Tiga beranak maut, seorang kanak-kanak parah

Tiga beranak maut, seorang kanak-kanak parah

Kota Kinabalu: Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu parah selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki dipercayai terbabas sendiri dan merempuh tiang flyover di Jalan Lintas, Luyang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.41 malam itu, pemandu Jimmykal Assam, 44, dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pasukan bomba dan polis mengangkat mangsa sebaik dikeluarkan daripada kenderaan.
Pasukan bomba berusaha

Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tiang flyover Jalan Lintas, Luyang.

Tiga beranak disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Katanya, pasukan polis dan bomba yang tiba di lokasi kemalangan berusaha mengeluarkan mayat yang tersepit dalam kenderaan.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah telah dibawa ambulans ke HQE I untuk rawatan lanjut.

Pasukan polis melakukan pemeriksaan ke atas tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu.

“Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuk butiran dua mangsa akan dikemaskini,” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu turut berada di lokasi kemalangan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan yang mengorbankan tiga beranak di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu.

-Deasoka

tag: #TigaMaut, #Flyover, #PDRM, #KotaKinabalu, #Sabah

tamat

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|