Dua pesakit terlantar terima katil Hi-Lo

Dua pesakit terlantar terima katil Hi-Lo

Sook: Dua pesakit terlantar termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) mendapat perhatian apabila menerima bantuan katil Hi-Lo sempena Program Homeward di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS).

Bantuan itu diserahkan kepada pesakit yang memerlukan di Kampung Membulu dan Kampung Dalit Station, semalam.

Dua penerima masing-masing ialah Standly Mangilas, 28, yang menetap di Kampung Membulu dan dikategorikan sebagai OKU fizikal iaitu penghidap penyakit Down Syndrome.

Sementara itu, Basirik Sawayoi warga emas berusia 89 tahun dari Kampung Dalit Station turut menerima bantuan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin berkata, bantuan Katil Hi-Lo adalah bantuan sempena Program Homeward yang juga merupakan salah satu program dibawah Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Program ini bertujuan bagi menyantuni mereka yang terlantar sakit rumah pesakit atau golongan OKU terlantar yang hilang keupayaan pergerakan.

“Program Homeward di bawah pelan SMJ ini merupakan salah satu bukti keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah berharap sumbangan katil Hi-Lo dapat meringankan beban ahli keluarga yang mengurus dan merawat saudara mereka yang terkesan akibat kehilangan keupayaan.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan penduduk kampung mempunyai ahli keluarga yang kehilangan upaya serta layak mendapat perkhidmatan ini terus berhubung dengan JPKAS di daerah masing-masing.

Terdahulu, difahamkan setakat ini baru dua katil Hi-Lo telah diserahkan dan masih menunggu tiga lagi permohonan untuk kawasan Sook.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|