Tiada panggilan kecemasan susulan gempa bumi lemah di Beluran: Bomba

Tiada panggilan kecemasan susulan gempa bumi lemah di Beluran: Bomba

Beluran: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berikutan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku pada jam 8.39 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang panggilan berhubung kejadian itu.

“Gegaran pun tidak berapa dirasai semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa bumi berukuran 3.8 skala richter itu berlaku di koordinat 6.5 darjah utara dan 117.5 darjah timur di Beluran.

Gempa dikesan di kedalaman tujuh kilometer dan berada 47 kilometer dari Pitas.

Gegaran mungkin turut dirasai di Beluran dan
sekitarnya dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|