Teruskan pecutan, raih undi menangkan BN/GRS

Teruskan pecutan, raih undi menangkan BN/GRS

Kota Kinabalu: Semua pihak diminta melipat gandakan usaha untuk memenangkan calon BN/GRS pada tempoh lima hari terakhir kempen ini.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, jentera, perayu undi dan ‘campaigner’ diminta meneruskan pecutan serta menjejaki pengundi untuk memilih calon yang dipertandingkan.

DATUK RAIME UNGGI – KETUA PENERANGAN BN SABAH

“Dalam tempoh-tempoh terakhir kempen ini, kita perlu tekad untuk melipat gandakan usaha memenangi pengundi dan turun ke kawasan yang mempunyai pengundi atas pagar.

“Gunakan semua platform yang ada, kita mahu menang buat cara mahu menang, tekadkan iltizam untuk memenangkan calon masing-masing, ” katanya.

Menurut beliau, budaya terlalu selesa haruslah dielakkan semua pihak kerana ia boleh melarikan fokus untuk kempen yang dijalankan setakat ini.

“Saya mintalah, semua jentera BN/GRS secara amnya lakukanlah pecutan maksimum untuk terus berkhidmat dan jangan patah semangat.

“Demi kemenangan parti dan gabungan, gerakan di kalangan jentera amat memainkan peranan, ” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|