Terima kasih SPR, terima kasih pihak berkuasa: Raime

Terima kasih SPR, terima kasih pihak berkuasa: Raime

Kota Kinabalu: BN Sabah merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa yang menjalankan tugas dalam menangani proses undian awal pada hari ini.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, pihaknya turut memberi kredit terhadap semua jentera kempen BN/GRS kerana pelaksanaan undi awal dalam bentuk pengurusan dan proses yang berjalan lancar.

“Kita amat menghargai proses yang berjalan lancar dalam undi awal diadakan hari ini.

“SPR dan pihak berkuasa sangat berkerjasama, kita akan meneruskan momentum ini sehinggalah proses tarikh undi pada 19 November hadapan, ” katanya.

Menurutnya, disiplin yang ditunjukkan pada hari ini perlu diteruskan momentumnya sehingga garis penamat dan kerja keras harus ditingkatkan bagi meningkatkan jejak undi.

Untuk rekod, seramai 21,432 tentera, polis dan pasangan di Sabah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|