Kota Kinabalu: Menerapkan semangat patrotisme dalam jiwa anak muda adalah satu perkara yang amat penting kepada rakyat setiap negara.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy, ia bagaimanapun bukan sekadar luahan perasaan tetapi lebih kepada pengertian sebenar nasionalisme dalam negara merdeka.
Katanya, anak muda juga perlu meneruskan perjuangan dalam mempertahankan maruah dan martabat serta kedaulatan negara.
“Hari ini, kita bersama penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) meluangkan masa bersama menonton filem ‘Mat Kilau’ sebagai penghargaan kepada pelajar yang terlibat dalam pengurusan program.
“Di sebalik itu, ia juga dilihat mampu membantu dalam memupuk jiwa anak muda untuk bersemangat patriotisme,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pawagan GSC, 1Borneo, selepas menyaksikan tayangan filem Mat Kilau yang disertai 50 kakitangan dan 260 penuntut UiTM, semalam.
Turut hadir, Datuk Prof Madya Dr Abdul Kadir Rosline (Rektor) dan Datin Dr Rafidah Salleh (Timbalan Rektor HEP).
Andi Suryady berkata, kehadiran ramai ini juga turut membantu dalam memberi sokongan kepada industri perfileman negara.
-Deasoka