Kedai perabot musnah terbakar di Sandakan

Kedai perabot musnah terbakar di Sandakan

Sandakan: Sebuah bangunan yang menempatkan kedai perabot di Batu 3, di sini, terbakar, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, bangunan berkeluasan hampir 700 meter persegi berkenaan dilaporkan musnah sepenuhnya.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah kedai perabot di Sandakan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.23 pagi.

Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama dua jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebahagian besar premis berkenaan sudah dijilat api dan operasi pemadaman terus dijalankan.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 91 meter dengan pancutan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa cedera atau kematian yang terlibat dalam insiden kali ini.

Katanya, api dilaporkan berjaya dikawal daripada terus merebak ke premis berhampiran pada jam 7 pagi.

“Pasukan operasi terus melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.56 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|