Tepati masa, akur peraturan sekolah – Pengetua SMK Labuan

Tepati masa, akur peraturan sekolah – Pengetua SMK Labuan

Labuan: Ibu bapa digesa supaya sentiasa mengingatkan anak masing-masing supaya menepati masa dan akur kepada peraturan sekolah.

Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yasim, berkata langkah itu penting bagi mendisiplinkan anak-anak supaya membesar menjadi insan yang baik.

Yusof (kiri) menyampaikan hadiah tiket bertuah sebuah televisyen kepada ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Labuan.

“Ibu bapa juga perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada sistem pendidikan negara dalam memberi pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Labuan, di sini, Sabtu lalu.

Kira-kira 300 ibu bapa dan guru SMK Labuan hadir pada Mesyuarat PIBG sekolah berkenaan, Sabtu lalu.

Hadir sama wakil Jabatan Pendidikan Labuan, Nurul Ain Hamdan dan Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Labuan Jasmin Amsyir.

Ketika ini, SMK Labuan mempunyai 129 guru dan 1,568 pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam.

Sementara itu, pada mesyuarat PIBG sekolah berkenaan, Yang Dipertuanya (YDP), Yusof Chuchu mengekalkan jawatannya bagi sesi 2022-2024.

Jawatan Naib YDP pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan dimenangi oleh Susanna Koh.

Empat Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam kalangan ibu bapa turut dipilih melalui undian majoriti iaitu Dr Emily Yapp Hon Tshin, Nordin Ahmad, Junaidi Omar dan Rahayati Othman.

Empat jawatan yang disandang guru SMK Labuan pula dikekalkan iaitu Normazrena Kadam (Setiausaha), Fazlinah Razali (Penolong Setiausaha), Teng How Ching (Bendahari) dan Junaidah Amat Sah (Penolong Bendahari).

AJK membabitkan guru turut dikekalkan iaitu Asnur Liza Baharuddin, Noorul Syarhida Nurul Hadi, Rafidah Md Pee, Ustaz Jailani Muda dan Yusrin Ahmad, manakala Juruaudit Dalam pula disandang Junaidi Omar (ibu bapa) dan Zunaidah Matiasin (guru).

Mesyuarat agung PIBG Ke-24 SMK Labuan itu dihadiri lebih 300 ibu bapa dan guru.

Dalam pada itu, Yusof berkata selain membuat pemilihan AJK, mesyuarat agung kali ini turut membincangkan kadar sumbangan keluarga bagi pelajar SMK Labuan bagi membolehkan PIBG membantu pihak sekolah dalam apa saja aktiviti.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|