19 pelajar MDU terima sijil hafalan 30 Juz

19 pelajar MDU terima sijil hafalan 30 Juz

Lahad Datu: Seramai 19 orang pelajar menerima sijil tamat hafalan Al-Quran 30 Juzuk ketika diraikan dalam satu majlis khas, di sini, semalam.

Mudir Madrasah Darul U’lum (MDU), Ustaz Sulaeman Sukatma Al-Hafiz berkata majlis itu untuk memberi pengiktirafan kepada 13 orang pelajar lelaki dan enam perempuan.

“Bagi ibu bapa yang berhasrat untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai hafiz dan hafizah sebaiknya hantar ke madrasah untuk mula menghafal Al-Quran.

“Ada banyak madrasah di negeri ini yang mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak dalam usaha melahirkan penghafaz 30 Juzuk.

“Walaupun perjalanannya bukan mudah namun insyaAllah berkat kerjasama dengan ibubapa ia tidak mustahil atas izin Allah SWT jua,” katanya.

Menurutnya, menjadi seorang hafiz dan hafizah adalah anugerah dari Allah SWT dan merupakan pilihan yang bukan semua mampu untuk mencapainya.

Bagi pelajar lelaki penerimanya adalah Abdul Qodir Mansur, Ahmad Izul Fikri, Akmal Asri Sahran,Mohd Adam Jabiri, Mohd Al Fazri Umar, Mohd Fandi Bakri, Mohd Firdaus Abdul Wahid, Mohd Qomarul Marzuki, Mohd Rafe’e Mustofa, Mohd Ikmal Syah Erfan, Muhammad Zharfanuddin Chenderadiwi, Syahran Abdul Latif.

Pelajar perempuan pula terdiri daripada Aziynah Armal, Siti Solehah Usman, Rosalinda Ramli, Rosdiana Alimuddin, Roselyn Ramli dan Siti Zulaikha Maidin.

Ibu bapa yang hadir juga amat bersyukur dan berterima kasih kepada warga pendidik yang berjaya membimbing pelajar untuk menamatkan pembelajaran hafalan 30 Juzuk.

Hadir sama pada majlis itu ialah barisan AJK Madrasah, Kamal Albani, Shamsudin Bahar, Amirullah Laupe, Musa Muhammad, Mustapa Maarof dan Mohd Ridzal Abdullah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|