Kinarut: Meskipun hanya sebuah pekan kecil, pekan Kinarut tetap meriah setiap kali tiba hari Sabtu berikutan tamu di pekan ini menjadi tumpuan penduduk setempat.
Hari ini, suasana di pekan ini lebih meriah berikutan ramai umat Islam mengambil kesempatan membeli belah untuk persediaan Aidilfitri yang disambut minggu depan.
Selain pelbagai jenis sayuran dan ikan, turut dijual ialah kuih muih kering juadah hari raya dan kelengkapan membuat hidangan raya seperti ketupat dan kelupis.
Pucuk kelapa, daun nyirik dan daun silad, selain daun pisang antara yang boleh didapati di tamu pekan Kinarut bagi mereka yang mahu membuat ketupat dan kelupis sabagai hidangan hari raya nanti.
Bagi melengkapkan hidangan hari raya nanti, ayam segar dan daging import juga banyak dijual hari ini, namun tidak dinafikan harga bahan makanan mentah itu agak mahal ketika ini.
Apa yang penting pengguna perlu bijak berbelanja untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
-Deasoka