Tambunan dilanda banjir

Tambunan: Kenaikan paras air Sungai Pegalan menyebabkan beberapa kawasan dan jalan utama di daerah ini dilanda banjir sejak petang tadi.

Antara kawasan terjejas adalah Kampung Dabata, Kampung Lalapakon, Kampung Nambayan, Kampung Pomotodon dan Kampung Gana.

Antara kawasan yang dinaiki air selepas paras Sungai Pegalan meningkat ekoran hujan lebat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba menjalankan pemantauan di lokasi banjir.

“Hujan lebat di kawasan ulu Sungai Pegalan dipercayai menyebabkan paras sungai berkenaan meningkat.

“Pasukan Bomba kemudiannya membuat pemantauan di kawasan yang terlibat dan mendapati tiga kampung terjejas tidak dapat dilalui oleh kenderaaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, tiada pemindahan mangsa dijalankan dan operasi ditamatkan pada jam 6.59 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|