Tambah baik fasiliti Depot Imigresen Tawau – Konsulat Indonesia

Tambah baik fasiliti Depot Imigresen Tawau – Konsulat Indonesia

Tawau: Konsulat Repubilk Indonesia (KRI) Tawau berharap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dapat menambah baik kemudahan dan fasiliti di Depot Imigresen Tawau (DIT), di sini.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai tahanan di DIT tidak menerima kemudahan yang baik selain padat.

Katanya, isu kepadatan tahanan itu sudah dipanjangkan kepada pihak JIM baru-baru ini kerana ia dilihat boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan sehingga berlakunya kematian.

“Kita menerima laporan sebanyak 11 kematian direkodkan pada 2021, manakala enam lagi antara Januari sehingga Jun tahun ini

“Berdasarkan bedah siasat yang diterima, punca kematian tahanan terbabit disebabkan pelbagai penyakit termasuk pneumonia, jantung dan penyakit bawaan haiwan (leptospirosis),” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Indonesia Ke-77 di pejabat KRI Tawau, di sini, hari ini.

Katanya, KRI Tawau mengharapkan pihak JIM dapat menangani dan memberi rawatan segera, sekiranya tahanan didapati sakit.

Heni berkata, pihaknya juga sedang giat mempercepatkan proses penghantaran pulang warganya melalui kerjasama kedua-dua negara.

Pada Julai lalu katanya seramai 239 orang sudah dihantar pulang dan setakat ini hanya kira-kira 164 tahanan masih berada DIT.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|