Sandakan: Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini berjaya mengagalkan aktiviti penyelewengan minyak petrol bersubsidi dalam operasi Op Kontraban, di Jalan Bokara, di sini, semalam.
Dalam operasi kira-kira jam 8 malam itu, sebanyak 22 dram 200 liter berisi minyak petrol itu dikesan dibawa menggunakan sebuah lori oleh seorang lelaki.
Difahamkan, ketika kejadian pasukan operasi PPM menahan lori berkenaan untuk pemeriksaan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan, pemandu lori berkenaan gagal menunjukan surat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Selain itu, pemandu juga gagal menunjukkan invois pembelian dan ia disyaki akan digunakan bagi tujuan penyelewengan.
Suspek dan lori serta minyak petrol berkenaan kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.
Jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dan minyak petrol dianggarkan bernilai RM144020.
Suspek dan barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada KPDNHEP cawangan Sandakan untuk tindakan lanjut.
-Deasoka