Taklimat advokasi KPDNHEP, SPRM bersama pemborong, pembungkus minyak masak bersubsidi

Taklimat advokasi KPDNHEP, SPRM bersama pemborong, pembungkus minyak masak bersubsidi

Sandakan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan akan mengadakan taklimat advokasi pencegahan bersama pemborong dan pemilik kilang pembungkus minyak masak bersubsidi di daerah ini.

Ketua Pegawai KPDNHEP Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sandakan bagi melaksanakan taklimat itu.

Katanya, langkah itu antara usaha bagi memastikan barangan kawalan khususnya yang bersubsidi diterima dan sampai kepada sasaran.

“Kita mensasarkan pemegang Lesen Barang Kawalan (CSA) dan pengilang-pengilang minyak masak paket bersubsidi di daerah ini untuk menyertai taklimat itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azdy berkata, taklimat itu juga bagi memastikan pengilang tidak menjual minyak masak bersubsidi kepada individu tidak berlesen atau bersekongkol dengan sindiket penyelewengan.

Katanya, menerusi taklimat itu, pengilang atau pemegang CSA dapat memperkasakan lagi integriti dalam kalangan pemain industri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|