Mayat kanak-kanak dikhuatri lemas di Sungai Kinabatangan ditemui penduduk kampung

Mayat kanak-kanak dikhuatri lemas di Sungai Kinabatangan ditemui penduduk kampung

Kinabatangan: Pencarian kanak-kanak yang dilaporkan hilang selepas dikhuatiri lemas di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Batu Puteh, di sini, ditamatkan hari ini berikutan penemuan mayatnya tengah hari tadi.

Mangsa, Muhammad Azwa Azman, 8, ditemui pada jam 1.45 tengah hari kira-kira 500 meter dari lokasinya dilaporkan hilang.

Anggota APM bersama penduduk kampung membawa mayat kanak-kanak dilaporkan lemas selepas ditemui di Sungai Kinabatangan dekat Kampung Batu Puteh.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabtangan, Kepten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, mangsa ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan tidak lengkap anggota badan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

‘Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.05 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang ketika mandi di sungai itu, kelmarin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|