Mosar bantu pendaki warga Singapura cedera di kaki

Mosar bantu pendaki warga Singapura cedera di kaki

Ranau: Seorang pendaki terpaksa diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami kecederaan ketika menuruni gunung di Kilometer 1.3 laluan pendakian Gunung Kinabalu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, wanita warga Singapura terbabit dilaporkan cedera di kaki kanan dan terpaksa dibawa turun untuk mendapatkan rawatan.

Anggota Mosar mengangkat pendaki wanita warga Singapura yang cedera ketika menuruni Gunung Kinabalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 malam.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai termasuk Mosar dan malim gunung dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, pasukan Mosar terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan kaedah Piggy-Back Carry oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar pasukan EMRS ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.30 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|