Suspek kes rogol remaja perempuan ditahan, selepas enam hari diburu

Suspek kes rogol remaja perempuan ditahan, selepas enam hari diburu

Tawau: Seorang lelaki yang diburu selepas disyaki merogol remaja berusia 14 tahun, di Kampung Apas Parit, di sini, Isnin lalu, berjaya ditahan polis, hari ini.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah pekerja berhampiran Kampung Apas Parit, pada jam 12.10 tengah malam tadi.

Suspek (tengah) ditahan pasukan polis dalam serbuan di sebuah rumah berhampiran Kampung Apas Parit, Tawau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berjaya ditahan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.

Katanya, sebaik serbuan dijalankan, suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri namun gagal selepas berjaya dipatahkan pasukan operasi.

“Siasatan awal mendapati, suspek adalah seorang warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

“Suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|