Suri rumah, petani sertai kursus buat roti anjuran MUTIARA GRS-BN

Kiulu: Seramai 10 wanita yang terdiri daripada suri rumah dan petani di Pekan Nabalu di sini, menyertai kursus sehari membuat roti dan kek sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasa wanita luar bandar.

Kursus berkenaan dianjurkan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (MUTIARA GRS-BN), semalam.

Sebahagian daripada peserta ketika sesi membuat roti dan kek.

Peserta, Josephine Maikal, 35, yang juga seorang petani dan ibu kepada tiga anak berasa gembira dengan pengalaman itu dan tidak sabar untuk memulakan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan di rumah sebagai pendapatan tambahan bagi menyara keluarganya.

Beberapa lagi peserta lain, yang juga terdiri daripada suri rumah dan petani berusia 22 hingga 52 tahun turut berkongsi semangat yang sama.

Josephine Maikal, 35, salah seorang peserta kurus membuat roti dan kek di Pekan Nabalu, Kiulu.

Semua mereka bersemangat untuk
menggunakan kemahiran yang diperolehi dan mengucapkan terima kasih kepada Mutiara GRS-BN atas peluang yang diberi untuk mempelajari kemahiran berkenaan.

Yang Dipertua MUTIARA GRS-BN yang juga isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, berkata inisiatif itu selaras dengan usaha memperkasakan wanita yang menjadi agenda utama pertubuhan berkenaan.

“Kita akan terus bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai matlamat sama bagi memberi peluang kepada wanita untuk maju dan antara lainnya meningkatkan taraf hidup mereka melalui latihan serta kesedaran,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|