Superitendan Mohd Hamizi Halim dilantik Timbalan KPD Sandakan

Sandakan: Bekas Ketua Polis Daerah (KPD) Tuaran, Superitendan Mohd Hamizi Halim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Sandakan, berkuatkuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek (tengah) saksi bagi serah terima tugas antara Mohd Hamizi (kiri) dan Daniel Desmond (kanan).

Perlantikan beliau bagi menggantikan pemangku jawatan berkenaan yang disandang Deputi Superintendan Daniel Desmond Benjamin selepas kenaikan pangkat penyandang sebelumnya yang juga Ketua Polis Sandakan, ketika ini, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, di sini, dengan disaksikan sendiri Abdul Fuad.

Abdul Fuad berkata, kerjasama yang padu dalam memacu momentum gerak kerja berpasukan adalah sangat penting.

Katanya, itu adalah antara fokus utama Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan yang baharu selain dari tugasan hakiki.

“IPD Sandakan melahirkan rasa syukur kerana mendapat seorang timbalan yang berpengalaman sebagai mantan KPD.

“Seluruh warga IPD Sandakan mengucapkan selamat datang dan bertugas di IPD Sandakan kepada Superintendan Mohd Hamizi Halim,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|