Sungai Bariawa dicemari tumpahan gam papan lapis, boleh bahayakan kesihatan

Sungai Bariawa dicemari tumpahan gam papan lapis, boleh bahayakan kesihatan

Keningau: Orang ramai yang berada berhampiran sepanjang Sungai Bariawa, di sini, dinasihatkan supaya tidak menggunakan air sungai yang tercemar akibat tumpahan gam papan lapis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, tumpahan berkenaan berlaku akibat kemalangan membabitkan sebuah lori 10 tan di Simpang Bariawa, di sini, pada jam 11.40 malam tadi.

Keadaan air Sungai Bariawa yang dicemari tumpahan gam papan lapis

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Treler Shacman yang bergerak dari arah Kota kinabalu menuju ke Kilang Plywood Kosinar Sook, Keningau.

“Lori berkenaan dilaporkan hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas ke bahu kiri sebelum terlanggar tebing bukit menghampiri simpang Jalan Bariawa.

Lori yang dilaporkan hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas ke bahu kiri sebelum terlanggar tebing bukit menghampiri simpang Jalan Bariawa.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan namun kemalangan mengakibatkan muatan bahan gam masuk ke kawasan aliran sungai kecil di Kampung Bariawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Rafidah berkata, pasukan dari Jabatan Kesihatan Keningau dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melawat tempat kejadian dan mengambil sampel air sungai untuk ujian.

Keadaan lori muatan bahan gam yang terbabas.

Katanya, laporan lanjut akn diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan selanjutnya.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang aktiviti di sungai berkenaan yang disyaki tercemar.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59,”’katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|