Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu turun 36 kes hari ini

Covid-19 Sabah: Jangkitan baharu turun 36 kes hari ini

Kota Kinabalu: Sabah mencatat 234 kes baharu Covid-19 hari ini, menunjukkan penurunan sebanyak 36 kes berbanding 270 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hampir keseluruhan daerah di Sabah mencatat perubahan pada julat satu angka dengan 12 daerah mencatatkan penurunan.

Katanya, sebanyak 10 daerah lagi mencatat pertambahan kes baharu, manakala lima daerah tidak mencatatkan perubahan kes berbanding semalam.

“Dua daerah mencatat penyusutan kes dua angka, iaitu Penampang (-20 kes) dan Kota Kinabalu (-13 kes).

“Penyusutan kes baharu di dua daerah ini menjadi faktor utama yang meyumbang jumlah kes harian yang lebih rendah di Sabah pada hari ini,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Secara keseluruhan, beliau berkata lapan daerah merekodkan kes dua angka dengan Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi iaitu 58 kes, diikuti Sandakan (22 kes), Papar (18 kes), Penampang (18 kes), Beaufort (18 kes), Tuaran (16 kes), Tawau (11 kes) dan Putatan (10 kes).

Katanya, sebanyak 16 daerah lagi mencatatkan kes satu angka, manakala tiga daerah iaitu Beluran, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Satu kluster pendidikan ditamatkan pada hari ini iaitu Kluster Bukit Langsat di Keningau. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah dua kluster,” katanya.

Masidi berkata, seramai 226 orang atau 96.59 peratus daripada 236 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti empat orang dalam Kategori 3, manakala tiga orang dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5.

“Selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam yang akan mula menjalani ibadah puasa pada esok hari,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 2 April 2022
Sabah 234 (270)

Kota Kinabalu 58 (71)
Sandakan 22 (15)
Papar 18 (26)
Penampang 18 (38)
Beaufort 18 (10)
Tuaran 16 (15)
Tawau 11 (8)
Putatan 10 (12)
Keningau 9 (5)
Kuala Penyu 7 (2)
Kota Marudu 6 (6)
Sipitang 6 (11)
Pitas 6 (6)
Kudat 6 (7)
Ranau 5 (4)
Kunak 4 (2)
Kota Belud 4 (3)
Lahad Datu 3 (5)
Tenom 2 (6)
Semporna 1 (3)
Tambunan 1 (10)
Telupid 1 (0)
Kinabatangan 1 (2)
Kalabakan 1 (1)
Beluran 0 (2)
Nabawan 0 (0)
Tongod 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 1 April 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|