SUKMA XX: Sabah rampas semula emas sepak takraw beregu wanita

SUKMA XX: Sabah rampas semula emas sepak takraw beregu wanita

Putrajaya: Sabah merampas pingat emas acara sepak takraw beregu wanita SUKMA dari Sarawak dengan menewaskan musuh tradisinya itu secara ‘straight set’ pada perlawanan akhir di Dewan Seri Sarjana, UNITEN di sini, hari ini.

Gandingan Nazira Hani Iskandar @ Jali dan Siti Hadinavilla Jumidil menang 21-12, 21 13 untuk menebus kekecewaan hanya menang pingat perak pada SUKMA 2018 di Perak.

Andi (dua dari kanan)  dan William (kiri) sedang menyaksikan perlawanan akhir sepak takraw beregu wanita di Dewan Seri Sarjana, UNITEN di sini, hari ini dan Sabah menang pingat emas acara itu.

Gandingan Nazira dan Siti Hadinavilla serta Nadillatul Rosmahani, sebagai pemain simpanan diberi kepercayaan menghadapi musuh tradisi itu dan mereka jelas mendominasi dari awal hingga tamat permainan.

“Selepas hanya menang pingat perak pada 2018, kami bertekad untuk bangkit dengan memburu emas tahun ini di mana kebetulan pada final kami bertemu dengan juara bertahan, Sarawak.

“Gandingan kami mantap, kami sentiasa berkomunikasi sepanjang permainan dan ini sangat membantu… kerja keras kami latihan persiapan menghadai sukan ini berbaloi.

“Kami sangat gembira dapat merampas pingat emas dari Sarawak,” kata Nazira ketika ditemui selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Daut Amba berkata, kemenangan beregu wanita itu menyemarakkan semangat mereka unuk sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian tiga pingat emas pada SUKMA 2018.

“Kami akan cuba yang terbaik dalam acara seterusnya,” katanya.

Kejayaan beregu Sabah itu turut disaksikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryadi Bandy dan Timbalan Setiausaha Tetap 1, KBS Sabah, William Ahlan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|