Kuala Lumpur: Kontinjen Sabah lepasi separuh daripada sasaran 40 pingat emas pada SUKMA XX semalam dengan mengumpul 23 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa.
Pencapaian itu meletakkannya di kedudukan kelima di kalangan 15 pasukan, masih dalam kelompok sasaran (lima pasukan teratas) dan masih ada tiga hari pertandingan termasuk hari ini untuk memburu pingat emas yang disasarkan.
Empat pasukan di atas Sabah didahului Johor dengan 60 pingat emas, 35 perak dan 32 gangsa diikuti Wilayah Persekutuan (33e-38p-45g), Terengganu (33e-33p-36g) dan Pulau Pinang (24e-17p-28g).
Sehingga kelmarin, 281 pingat emas sudah dipertandingkan meninggalkan baki 145 ditawarkan sehingga Sabtu ini (24 September).
Sukan terbesar negara itu menawarkan keseluruhan 426 pingat emas daripada 31jenis sukan yang dipertandingkan iaitu akuatik (renang dan terjun), badminton, berbasikal, bola sepak, gimnastik (artistik dan berirama), hoki, karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, pelayaran, skuasy, tenpin boling, wushu, angka berat, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, E-Sports, golf, judo, kanu, kriket, muaythai, petanque, ragbi, sepaktakraw, tenis dan tinju.
Sabah menyertai hampir semua sukan yang dipertandingkan itu.
-Deasoka
Kedudukan pingat sehingga jam 11 malam 21 September.
E P G
- Johor 60 35 32
- W Persekutuan 33 38 45
- Terengganu 33 33 36
- P Pinang 24 17 28
- SABAH 23 20 27
- Sarawak 20 28 31
- Perak 17 23 27
- Selangor 15 34 27
- Pahang 15 14 16
- N Sembilan 15 4 18
- Melaka 14 11 18
- Kedah 6 8 19
- Perlis 4 3 6
- Kelantan 2 3 6
- Brunei 0 2 1