SUKMA XX: Bing Loo raih emas renang 200m gaya bebas untuk Sabah

SUKMA XX: Bing Loo raih emas renang 200m gaya bebas untuk Sabah

Kuala Lumpur: Skuad renang Sabah memulakan cabaran SUKMA XX hari ini dengan merangkul satu pingat emas dan satu gangsa.

Pertandingan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan pingat emas pertama yang ditawarkan dalam acara 200m gaya bebas wanita menjadi milik perenang Sabah, Yie Bing Loo dengan catatan 2:07.03s.

Trio boling padang Sabah (dari kiri) Aiman, Manaf dan Asmirul menang gangsa acara triples lelaki.

Pingat perak dimenangi Yao Kelly Teo (Sarawak: 2:07.63s) manakala gangsa milik Yong Qi Ong (Johor: 2:08.46s).

Skuad renang Sabah juga diwakili Hsiao Thang Lovell Wong dalam acara akhir 100m kuak dada wanita tetapi hanya berpuas hati meraih pingat gangsa dengan catatan 1.16.15s.

Yie Bing Loo dan pemenang lain bersama Pembantu Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Hj Bandy (kiri di depan) semasa majlis penyampaian hadiah di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, petang tadi.

Pingat emas acara itu dimenangi perenang Johor, Rouxin Tan (1:11.25s) manakala pingat perak milik Ee Mang Low (Selangor: 1:14.96s).

Sambil itu, skuad boling padang Sabah turut memulakan cabaran dengan satu pingat gangsa dalam acara triples lelaki.

Trio Sabah yang diangotai Abdul Manaf Saujor, Asmirul Arispadillah dan Muhd Afif Aiman Mohd Affendi menang 15-12 ke atas trio Sarawak (Abd Rahman Amminuddin, Mohd Amirul Hafiz Jaffar dan Mohd Ramadhan Mohd Jeffy) pada penentuan pingat gangsa.

Sehingga jam 6.30 petang, hanya satu emas daripada Bing Loo dirai Sabah.

Sukan terbesar negara itu bagaimanapun akan berlangsung sehingga 24 September dan esok sahaja dijadualkan 40 pingat emas ditawarkan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|